Sunday, 20 November 2016

Image result for recycleImage result for recycle




Definisi kitar semula 
           Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle”(kurangkan,guna semula,dan kitar semula)ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas,barangan kaca, aluminium, logam, plastik, tekstil, elektronik dan lain-lain. Proses kitar semula juga melibatkan usaha mengumpul,memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.


1) Reduce (Kurangkan)

           Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang 

Image result for recycle
                 2) Reuse (Guna semula)

                  Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali dan dengan        berbuat demikian, penjanaan sisa dan pembuangannya dapat dikurangkan.


          3) Recycle (Kitar semula)

        'Re' merujuk kepada 'untuk melakukan sekali lagi' dan 'cycle' merujuk 'pusingan'. oleh hal yang demikian, 'kitar semula' merujuk kepada 'meletakkan sesuatu dalam kitaran'. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula agar menjadi produk untuk kegunaan kita.





Tujuan Kitar Semula


  •      untuk menghasilkan bahan mentah untuk pembuatan produk baru sama ada     melibatkan proses fizikal ataupun kimia.
  •          Contoh:

Image result for Penghasilan kertas dan kotak daripada kertas kitar semula1) Penghasilan kertas dan kotak daripada kertas 
kitar semula 





Image result for kitar semula


2)                                        Meletakkan sisa yang boleh dikitar semula ke dalam tong sampah kitar semula yang disediakan






3) menjual barangan kitar semula yang telah dikumpul kepada pembeli
    barangan kitar semula berdekatan 


Kepentingan kitar semula

1) Mengurangkan pencemaran alam sekitar. Apabila ramai di kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan kitar semula, masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif.

2) Memupuk sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat memberikan banyak faedah kepada pengamalnya. Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.

3) Menceriakan persekitaran alam sekitar. Melalui kaedah guna semula, kita boleh memanfaatkan untuk menceriakan persekitaran kita. Contohnya, kita boleh menggunakan botol-botol yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok bunga.

4) Mengurangkan penggunaan sumber. Melalui kitar semula, kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada.

5) Menambah pendapatan kita. Melalui amalan jual beli barang terpakai, kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak. Hal ini demikian boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat di Malaysia.






Barang Kitar Semula
Image result for bottle
Kaca

Image result for surat khabar
Kertas                  
Image result for botol mineral
Botol plastik



Related image
Kotak



Tong Kitar Semula

Image result for ulasan kitar semula



Masalah  atau halangan kitar semula

1) Tidak mendapat sambutan. Sikap individu yang tidak mempedulikan amalan kitar semula. Kebanyakan barang yang boleh dikitar semula hanya dibuang atau dibakar begitu sahaja. 

2) Kurang pengetahuan di kalangan masyarakat. Pada masa kini mereka yang membuang bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar betapa pentingnya amalan kitar semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang kepentingan. 

3) Mentaliti. Disebabkan kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah, penduduk sekitar lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya. Mereka fikir, menjual barangan tersebut amat tidak berbaloi dan tidak menguntungkan.

 4) Kurangnya pusat pengumpulan bahan kitar semula.

5) Masyarakat tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak ambil peduli tentang amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan terlaksana.

Langkah-langkah menggalakan amalan kitar semula


 - Mengadakan kempen bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap   alam sekitar. Selain itu, kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan. 

-   Peranan kerajaan juga perlu untuk memastikan amalan kitar semula ini mendapat sambutan dengan cara menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pusat pengumpulan. Institusi pendidikan juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik begi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul. 

- Amalan gotong royong. Ia mampu menjamin kebersihan persekitaran sekaligus mengumpulkan bahan kitar semula dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. 

-  Peranan pendidik. Pendidik juga memainkan peranan penting dalam memberikan galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula agar bumi dapat diselamatkan dari ancaman kemusnahan. Dengan memberikan pendekatan yang menarik,  pendidik dapat memupuk minat pelajar untuk mencintai alam sekitar. 

Cara kitar semula



Rumusan