
Definisi kitar semula
Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce, Reuse, Recycle”(kurangkan,guna semula,dan kitar semula)ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas,barangan kaca, aluminium, logam, plastik, tekstil, elektronik dan
lain-lain. Proses kitar semula juga melibatkan usaha mengumpul,memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
1) Reduce (Kurangkan)
Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang
2) Reuse (Guna semula)
Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali dan dengan berbuat demikian, penjanaan sisa dan pembuangannya dapat dikurangkan.
3) Recycle (Kitar semula)
'Re' merujuk kepada 'untuk melakukan sekali lagi' dan 'cycle' merujuk 'pusingan'. oleh hal yang demikian, 'kitar semula' merujuk kepada 'meletakkan sesuatu dalam kitaran'. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula agar menjadi produk untuk kegunaan kita.
Tujuan Kitar Semula
- untuk menghasilkan bahan mentah untuk pembuatan produk baru sama ada melibatkan proses fizikal ataupun kimia.
- Contoh:

2) Meletakkan sisa yang boleh dikitar semula ke dalam tong sampah kitar semula yang disediakan
barangan kitar semula berdekatan
Kepentingan kitar semula
1) Mengurangkan pencemaran alam sekitar. Apabila ramai di kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan kitar semula, masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif.
2) Memupuk sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat memberikan banyak faedah kepada pengamalnya. Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.
3) Menceriakan persekitaran alam sekitar. Melalui kaedah guna semula, kita boleh memanfaatkan untuk menceriakan persekitaran kita. Contohnya, kita boleh menggunakan botol-botol yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok bunga.
4) Mengurangkan penggunaan sumber. Melalui kitar semula, kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada.
5) Menambah pendapatan kita. Melalui amalan jual beli barang terpakai, kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak. Hal ini demikian boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat di Malaysia.
Barang Kitar Semula
![]() |
Kaca |
![]() |
Kertas |
![]() |
Botol plastik |
![]() |
Kotak |
Tong Kitar Semula

Masalah atau halangan kitar semula
1) Tidak mendapat sambutan. Sikap individu yang tidak
mempedulikan amalan kitar semula. Kebanyakan barang yang boleh dikitar semula
hanya dibuang atau dibakar begitu sahaja.
2) Kurang pengetahuan di kalangan
masyarakat. Pada masa kini mereka yang membuang bahan kitar semula kerana
mereka tidak sedar betapa pentingnya amalan kitar semula. Bagi mereka, amalan
kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang kepentingan.
3) Mentaliti. Disebabkan kebanyakan
pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah,
penduduk sekitar lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya.
Mereka fikir, menjual barangan tersebut amat tidak berbaloi dan tidak
menguntungkan.
4) Kurangnya pusat pengumpulan bahan
kitar semula.
5) Masyarakat tidak memberikan kerjasama apabila
kempen kitar semula dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak ambil peduli
tentang amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan
tenaga dan bahan kitar semula tidak akan terlaksana.
Langkah-langkah menggalakan amalan kitar semula
- Mengadakan kempen bagi melahirkan masyarakat yang lebih
prihatin terhadap alam sekitar. Selain itu, kempen ini dapat memberikan
kesedaran kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami
kemusnahan.
- Peranan kerajaan juga
perlu untuk memastikan amalan kitar semula ini mendapat sambutan dengan cara
menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pusat pengumpulan. Institusi pendidikan
juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang
strategik begi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke
dalam tong yang betul.
- Amalan gotong royong. Ia
mampu menjamin kebersihan persekitaran sekaligus mengumpulkan bahan kitar
semula dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja.
- Peranan pendidik. Pendidik
juga memainkan peranan penting dalam memberikan galakan kepada pelajar untuk
melaksanakan amalan kitar semula agar bumi dapat diselamatkan dari ancaman
kemusnahan. Dengan memberikan pendekatan yang menarik, pendidik dapat
memupuk minat pelajar untuk mencintai alam sekitar.
Cara kitar semula
Rumusan